Saturday, 4 February 2017

Kos Bersalin

Sebab baru 3 bulan lahirkan anak ke-5 so rasanya nak share tentang tempat bersalin dan kos bersalin.
Anak pertama (2007), kedua(2009) dan ketiga (2011) saya bersalin di Hospital Selayang. Sebab saya adalah kakitangan kerajaan so kos bersalin semuanya percuma. Masa anak pertama je saya bayar RM18 untuk bayaran wad selama hampir seminggu. Kena duduk lama dalam wad sebab ibu dan anak kena masuk antibiotik. Nanti saya cerita pengalaman bersalin dalam next post.Anak saya yang no 1 sampai no 3 semuanya lelaki. Alhamdulillah
Anak keempat dan kelima saya bersalin dihospital swasta. Saya pilih Hospital Columbia Asia Setapak atas 2 faktor. Pertama...jarak antara hospital dan rumah. Kedua...of course ler kos nak bersalin tu.
Tahun 2014 saya lahirkan anak keempat saya. Alhamdulillah Allah kabulkan doa saya untuk dapat anak perempuan. Doktor yang sambut baby saya masa tu adalah Doktor Suhaimi Hassan. Baik sangat doktor ni. Sangat profesional. Kos saya bersalin masa ni dalam RM 3500 untuk 2 hari 1 malam...itu total untuk ibu dan baby sekali.
Tahun 2016 saya lahirkan anak kelima saya.Boy jugak kali ni.Juga disambut oleh Dr Suhaimi Hassan.Kos bersalin kali ni dalam RM 5500. Kali ni duduk hospital 3 hari 2 malam.

So harap perkongsian kali ni dapat membantu sedikit sebanyak. Kat bawah ni semua gambar permata hati saya.



Introduction

Assalamualaikum....
Tak tau macam mana nak mengarang ayat sebagai post pertama saya.
Tujuan utama saya hasilkan blog ni adalah untuk berkongsi apa sahaja yang saya ingin kongsikan.
Manalah tau pengalaman hidup saya yang tak seberapa ni dapat dijadikan panduan oleh orang lain.
Mungkin juga kita boleh bertukar pendapat dan idea.
Saya takde pengkhususan tentang apa yang saya nak tulis...mungkin akan tulis tentang segalanya.
Harap-harap bermanfaat...
So...stay tune ya everybody :)